Pengenalan Emas PowerGold
Pengenalan - Apa itu POWERGOLD?
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
POWERGOLD DOT BIZ SDN BHD (1036711-K) adalah sebuah syarikat yang terlibat di dalam industri barangan emas, jualan runcit dan borong serta membeli barangan emas terpakai.
Syarikat ini bertapak di bawah naungan AMETHYST GOLD CREATION SDN BHD (951063-K) iaitu pengilang dan pembekal barangan kemas bagi kedai emas di seluruh Malaysia.
PowerGold telah diberi kepercayaan untuk menjadi salah satu pengedar utama bagi produk emas yang dihasilkan oleh Amethyst Gold Creation Sdn Bhd dan memperkenalkan sebuah perniagaan baru kepada orang ramai.
PowerGold yang dimiliki oleh 100% Warga Bumiputera telah berkecimpung di dalam industri ini sejak lebih dari 10 tahun namun sehingga kini masih terdapat segelintir masyarakat yang belum mengenali tentang PowerGold.
PowerGold lazimnya hanya menawarkan produk berupa emas 999 Gold Bar (Jongkong Emas), Dinar atau Emas 916 bagi barangan kemas. Bagaimanapun PowerGold juga menghasilkan produk sampingan iaitu Produk Kesihatan yang menggunakan 100% herba tempatan.
Produk emas yang ditawarkan PowerGold boleh didapati pada kadar harga yang rendah dan mampu milik sesuai dengan kempen mereka iaitu 'Simpan 1 Bulan 1 Gram' bagi memberi galakan kepada orang ramai untuk membeli dan menyimpan aset tersebut.
PowerGold bukanlah perniagaan yang menjanjikan keuntungan semata-mata tetapi merupakan sebuah syarikat yang memberi peluang kepada orang ramai untuk menjana pendapatan sampingan serta memupuk sikap menyimpan emas untuk masa hadapan.
Emas yang ditawarkan pastinya TULEN dan BERKUALITI.

Comments
Post a Comment